عن الكتاب
Akidah Ahli Iman adalah kitab akidah yang berpaksikan kepada akidah Asy'ariyyah yang merupakan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Susunan kitab ini terdiri daripada fasal tentang ketuhanan, kenabian, dan perkara-perkara ghaib yang wajib diimani. Kitab ini juga membahas perkara-perkara penting seperti tanda-tanda kiamat; iaitu terzahirnya Dajjal, datangnya Imam al-Mahdi dan turunnya Nabi Isa AS. Penulis telah mentahkik nas kitab ini dari manuskrip-manuskrip yang ditemukan di Maghribi serta menerjemahkannya ke dalam bahasa Melayu.